AS Didesak Jangan Cakap Kosong dalam Isu Tidak Sokong 'Kemerdekaan Taiwan'

2023-12-27 15:25:12  cri
Share with:

Rang 'Akta Pemberian Kuasa Pertahanan 2024" Amerika Syarikat (AS) yang melibatkan kandungan negatif tentang Taiwan telah ditandatangani hari ini. 

Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Chen Binhua dalam sidang akhbar pagi tadi menegaskan bahawa Taiwan adalah milik China, dan isu Taiwan semata-mata urusan dalaman China yang tidak boleh dicampuri sebarang kuasa luar. AS memasukkan kandungan tentang Taiwan dalam rang undang-undang tersebut dianggap tindakan yang mencampur tangan dalam hal ehwal domestik China, melanggar prinsip Satu China dan peraturan Tiga Pengumuman Bersama China-AS, mengeluarkan isyarat salah yang serius kepada golongan pembelot 'kemerdekaan Taiwan' dan menjejaskan kestabilan serta keamanan Selat Taiwan. Perbuatan AS itu sudah mengundang bantahan keras dari China.

Chen berkata, China mendesak AS mematuhi komitmen politik dibuatnya terhadap China atas isu Taiwan, tidak bercakap kosong dalam isu tidak menyokong 'kemerdekaan Taiwan', tidak malaksanakan fasal-fasal negatif melibatkan Taiwan dalam akta tersebut, dan segera berhenti menyediakan senjata kepada Taiwan, "memusnahkan" dan "menjejaskan" Taiwan serta melakukan intervensi terhadap pilihan raya di kawasan Taiwan.