Laluan Kereta Api Fangchenggang-Dongxing Mula Beroperasi

2023-12-27 15:26:43  cri
Share with:


Laluan kereta api Fangchenggang-Dongxing di wilayah Guangxi mula beroperasi hari ini, menandakan ketersambungan bandar Dongxi dengan jaringan kereta api di peringkat kebangsaan China.

Landasan tersebut bermula dari Stesen Utara Fangchenggang yang sedia ada dan berakhir di Stesen Bandar Dongxing yang baru dibina yang terletak di kawasan sempadan China-Vietnam. Laluan yang sepanjang 47 kilometer dan direka bentuk untuk kelajuan maksimum 200 kilometer sejam tersebut, dilengkapi dua stesen dan landasan peringkat I kebangsaan untuk kegunaan pengangkutan penumpang dan kargo.

Pegawai berkenaan dari Syarikat Kumpulan Kereta Api China Jabatan Nanning menyatakan, pengoperasian laluan kereta api tersebut menjadikan jaringan lalu lintas di kawasan ekonomi Teluk Beibu lebih lengkap, dan membawa makna yang besar dalam memudahkan pengembaraan penduduk, serta mendorong pelancongan, ekonomi dan perdagangan di kawasan sempadan.