Isu Buruh Kanak-kanak Semakin Berleluasa di AS

2023-12-27 15:44:32  CRI
Share with:

Menurut rencana yang disiarkan Columbia Broadcasting System (CBS) pada Selasa waktu tempatan, kes kematian buruh kanak-kanak akibat kecuaian pihak majikan di Amerika Syarikat (AS) bukan sedikit,  memandangkan semakin banyak kanak-kanak dan remaja di pelbagai tempat di negara itu didapati mengambil kerja berbahaya yang sewajarnya dijalankan orang dewasa.

Menurut sebanyak 955 tinjauan anjuran Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS) pada tahun kewangan 2023, jumlah buruh kanak-kanak yang diupah secara haram telah meningkat 14% berbanding tahun sebelumnya. Dalam tempoh setahun lalu bermula 30 September 2022, jumlah buruh kanak-kanak yang diupah secara haram meningkat 88% berbanding tahun 2019.

Menurut CBS, isu buruh kanak-kanak semakin berleluasa dan makin ramai orang belum dewasa didapati menjalankan kerja berbahaya di AS yang dibanjiri pendatang asing tanpa izin (PATI) yang termasuk kanak-kanak tanpa ditemani ibu bapa pada beberapa tahun kebelakangan ini. Gejalah ini juga tidak terlepas dari berkurangnya keterjaminan dan  perlindungan terhadap buruh kanak-kanak dari segi undang-undang di sebahagian negeri di AS.