Kenali Tapak Pelancaran Angkasa Lepas Komersial di Hainan

2023-12-27 13:36:34  CRI
Share with:

Tapak Pelancaran Angkasa Lepas Komersial Hainan yang terletak di bandar Wenchang, provinsi Hainan ialah tapak pelancaran komersial pertama di negara ini.

Tapak pelancaran yang mencakupi kawasan seluas 133.33 hektar ini akan dibina menjadi tempat pelancaran angkasa lepas bertaraf dunia dan akan dikendalikan mengikut permintaan pasaran. Ia diyakini akan meningkatkan keupayaan pelancaran roket pembawa untuk kegunaan awam dan komersial. 

Tapak Pelancaran Angkasa Lepas Komersial Hainan mula dibina pada Julai 2022 dan dijangka akan mula operasi pada tahun 2024.