Apakah Makna Memperingati Mendiang Mao Zedong pada Zaman Ini

2023-12-27 12:40:06  CRI
Share with:

Simposium memperingati ulang tahun ke-130 kelahiran Mendiang Mao Zedong, pengasas utama Republik Rakyat China, diadakan di Beijing pada Selasa. 

Presiden China, Xi Jinping menganggap Mendiang Mao ialah peneroka Marxisme di China, dan pengasas pembangunan sosialisme moden di China. Mendiang memimpin rakyat China mengubah nasib dan memberi sumbangan besar kepada pembebasan dan pembangunan rakyat yang tertindas di dunia serta kemajuan umat manusia. Kaedah terbaik untuk memperingati Mendiang adalah memajukan usaha yang dirintisnya ke hadapan.

Modenisasi ala China terbentuk dalam usaha pembangunan sosialisme bercirikan China dan Mendiang Mao menyumbang besar kepadanya. 

"Mendiang menubuhkan China baharu di mana rakyatnya menjadi tuan," kata Xi ketika berucap pada simposium tersebut. 

Pakar berpendapat, penerokaan Mendiang Mao terhadap modenisasi ala China mengubah fikiran Barat, iaitu "pemodenan bersamaan pembaratan". Fikiran Mendiang Mao termasuk dasar yang bebas, pendirian dan kaedah menghormati fakta amat bermaka hingga zaman sekarang. 

Berdasarkan manifesto asas Parti Komunis China (PKC), iaitu "berkhidmat demi rakyat", fikiran lanjut "rakyat diutamakan " terbentuk dalam pengalaman tadbir urus negara oleh Xi Jinping ketika mempraktikkannya.

Xi berkata dalam simposium tersebut, modenisasi ala China merupakan usaha rakyat seluruh negara, dan kepentingan asas rakyat mesti dipelihara dan direalisasikan dengan baik, supaya membawa limpahan manfaat kepada semua rakyat.