AS Mereka Lagi Fitnah Mengenai Xinjiang, China Bertindak Balas

2023-12-27 13:40:59  CRI
Share with:

China akan mengambil tindakan balas terhadap syarikat Kharon di Amerika Syarikat (AS) yang mengendalikan urus niaga data maklumat dan dua orang individu yang terlibat yang bertugas mengumpul maklumat sensitif mengenai Xinjiang dalam jangka masa panjang lalu. Apa yang disebut bukti yang dibekalkan mereka kepada kerajaan AS merupakan rujukannya bagi langkah sekatan melibatkan Xinjiang. 

Demikian dimaklumkan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media Selasa.

Menurut liputan media berkenaan, AS mula menjalankan sekatan terhadap dua pegawai dan tiga syarikat China berdasarkan rujukan yang terkandung dalam laporan tahunan hak asasi manusia melibatkan Xinjiang yang dikeluarkannya baru-baru ini.

Sehubungan itu, Mao Ning berkata, AS bertindak biadab mencampuri urusan dalaman China dengan sekali lagi mereka-reka dan menyebarkan fitnah yang melibatkan Xinjiang, serta mengambil langkah sekatan haram terhadap pegawai dan syarikat China berdalih isu hak asasi manusia di Xinjiang. Tindakan yang mengundang bantahan keras daripada China ini bukan sahaja disifatkan menconteng arang ke muka China dan mencabuli hak dan kepentingan milik pegawai dan syarikat China yang berkenaan, malahan juga dilihat melanggar undang-undang antarabangsa dan tata tertib asas hubungan antarabangsa.