"Kedamaian, Pembangunan, Kerjasama dan Sama Menang" --Pandangan Dunia terhadap China pada 2023

2023-12-28 15:40:21  CRI
Share with:

2023 merupakan tahun yang penuh pergolakan. Konflik Rusia-Ukraine dan konflik Palestin-Israel masih berlarutan, manakala impak COVID-19 terhadap ekonomi dan kehidupan rakyat masih berlanjutan. 

Walaupun begitu, manusia tidak pernah menghentikan langkah untuk membina kedamaian, pembangunan, kerjasama dan situasi sama menang. 

Apa yang dilihat oleh dunia adalah kesungguhan China dalam mendorong pembangunan modenisasi, dan penggerak baharu ekonomi dunia serta kesejahteraan rakyat yang dibawa oleh pembangunan bermutu tinggi China. Sementara itu, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) menjadi produk awam global yang mendapat sambutan baik, manakala pelan baharu anjuran China bagi tadbir urus global memberikan pengaruh mendalam terhadap dunia.

Pembangunan modenisasi ala China mencapai kemajuan besar pada 2023. Pengerusi Tabung George H. W. Bush bagi Hubungan Amerika Syarikat (AS)-China, Neil Bush mengatakan bahawa kerajaan China mampu memimpin pembangunan bermutu tinggi melalui rancangan untuk jangka masa panjang. Beliau memetik contoh bahawa konsep modenisasi ala China mementingkan pembangunan hijau, maka rancangan pembangunan yang lengkap diperkenalkan kerajaan dari peringkat pusat hingga tempatan.

Di samping itu, modenisasi ala China bukan milik China semata-mata, ia juga dimiliki seluruh dunia. Presiden dan CEO Shiseido kawasan China, Umetsu Toshinobu berpendapat bahawa China yang menempuh jalan pembangunan bermutu tinggi dan menggalakkan inovasi adalah peluang baharu bagi pembangunan ekonomi dunia. Shiseido sebagai syarikat asing, tak terkecuali akan memperoleh manfaat daripada modenisasi China itu.

2023 merupakan ulang tahun ke-10 penganjuran BRI. Pakar isu antarabangsa terkenal dari Iran, profesor Seyed Mohammad Marandi dari Universiti Tehran Iran mengatakan, dalam tempoh 10 tahun lalu sejak inisiatif tersebut diperkenalkan, cara perdagangan antarabangsa menyaksikan perubahan. Seiring dengan pengoperasian kereta api kargo antara Asia dan Eropah, kebergantungan terhadap pengangkutan laut semakin berkurang. Di samping itu, kepentingan geografi rantau Asia Tengah semakin meningkat dan ini membawa manfaat kepada pelbagai negara termasuk Iran dan China.

Tatkala dunia berdepan pergolakan, permintaan masyarakat antarabangsa terhadap mod tadbir urus global yang baharu kian meningkat. Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif  Keselamatan Global (GSI), dan Inisiatif Peradaban Global (GCI) yang dikemukakan oleh Presiden China Xi Jinping mendapat sokongan meluas dan disambut baik di peringkat global.

Profesor Moon Chung-in dari Universiti Yonsei Korea Selatan mengatakan bahawa Xi mengesyorkan untuk membina orde keselamatan antarabangsa berasaskan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan menyelesaikan semua konflik secara damai melalui cara diplomatik. Anjuran ini membawa makna membina kepada keselamatan global.