China Menentang Tegas Amalan Dwistandard dalam Anti Keganasan

2023-12-28 15:10:34  CRI
Share with:

China menentang tegas amalan dwistandard dalam tindakan anti keganasan. Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian dalam sidang media pada Rabu.

Menurut laporan beberapa media asing, ketua "pasukan nasional Balochistan" yang menyerahkan diri kepada kerajaan Pakistan baru-baru ini menyebut bahawa India sentiasa memberikan sokongan kepada aktiviti keganasan di Balochistan secara sulit termasuk membekalkan dana kepada golongan pembelot di tempat itu. Ada pegawai dari provinsi Balochistan Pakistan yang menyatakan bahawa sokongan India tersebut adalah sebab utama berlakunya banyak aktiviti keganasan di tempat berkenaan.

Sehubungan ini, Mao Ning menyatakan bahawa menyokong, menggunakan, menghasut dan memupuk kuasa keganasan sehingga menjadikan keselamatan serantau dan antarabangsa terjejas, bukan sahaja membawa kemudaratan kepada negara lain, tetapi juga tidak berfaedah bagi diri sendiri. China berharap pelbagai negara meningkatkan kerjasama anti keganasan dan bersama memerangi keganasan dalam apa jua bentuk.