China Persiap Ekspo Rantaian Pembekalan Antarabangsa Edisi Kedua

2023-12-28 14:26:18  CRI
Share with:

Ekspo Rantaian Pembekalan Antarabangsa China (CISCE) edisi kedua dijadualkan diadakan pada 26 hingga 30 November tahun 2024. Kerja persiapan berkenaan sudah dilancarkan dengan menyeluruh. Terdapat lebih seratus syarikat di dalam dan luar China sudah menyatakan kesediaan untuk menjadi pempamer. 

Demikian dinyatakan jurucakap Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Zhang Xin dalam sidang media pada Rabu.

Menurut beliau, mesej undangan terhadap sejagat sudah dikeluarkan, dan jerayawara yang pelbagai akan dijalankan di dalam dan luar China menurut rancangan.

CISCE edisi pertama anjuran CCPIT yang menutup pada 2 Disember lalu di Beijing, terdiri daripada pameran yang melibatkan rantaian automobil, pertanian hijau, sumber tenaga bersih, sains dan teknologi digital dan kehidupan sihat serta zon perkhidmatan untuk rantaian pembekalan. Sebanyak 515 buah perusahaan dan agensi yang datang dari dalam dan luar China menumpu kepada pameran teknologi, produk dan perkhidmatan baharu yang membabitkan industri hulur, tengah dan hilir dalam pelbagai rantaian. 

Zhang Xin memaklumkan bahawa selain mengekalkan landskap pameran edisi pertama, pihaknya sedang berbincang dengan jabatan dan pakar berkenaan untuk menambah pameran yang melibatkan rantaian industri dan rantaian pembekalan yang baharu agar dapat menyediakan peluang kehadiran yang lebih banyak kepada sektor korporat.