Pelajar dari Kawasan Bencana Gempa Bumi Sambungkan Persekolahan

2023-12-28 14:42:59  CRI
Share with:


Sebahagian lagi pelajar gred tiga sekolah menengah atas dari kawasan bencana gempa bumi di kaunti Jishishan provinsi Gansu diatur bertolak ke Sekolah Vokasional Linxia hari ini bagi menyelesaikan persekolahan mereka untuk semester ini di sana. 

Setakat ini, seramai 860 orang pelajar telah diatur bertolak ke Linxia, dan ada sebahagian lagi dijadualkan bertolak pada Sabtu.

Dimaklumkan, kesemua 1,498 pelajar dari 34 kelas di tiga sekolah menengah atas setempat dijadualkan selesai dibawa ke Linxia menjelang 30 Disember untuk menyambungkan persekolahan mereka.