CMG, SABC Terbitkan Dokumentari Mengenai Persahabatan dan Kerjasama China-Afrika Selatan

2023-12-28 17:12:36  CRI
Share with:

Dokumentari bersiri "25 Years on – Documenting China-South Africa Friendship and Cooperation" yang diterbitkan bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Syarikat Penyiaran Afrika Selatan (SABC) akan disiarkan di saluran televisyen CMG bermula 28 Dis ini.

Tahun ini ialah ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik antara China dan Afrika Selatan. 

Dokumentari tiga episod itu merekodkan hasil kerjasama kedua-dua negara dalam bidang diplomatik, ekonomi, pertukaran rakyat dengan rakyat, dan lain-lain.

Episod pertama, "Zaman Keemasan" mengisahkan perkembangan hubungan China-Afrika Selatan dalam tempoh 25 tahun lalu di bawah bimbingan pemimpin kedua-dua negara. 

Episod kedua, "Persahabatan Beribu Batu Jauh" menceritakan persahabatan "rakan dan saudara" antara China dan Afrika Selatan dari segi pelaburan dua hala, hubungan perdagangan, latihan teknikal, dan pertukaran golongan belia. 

Episod ketiga, "Menuju ke Masa Depan" merekodkan pencapaian dan prospek cerah kerjasama China-Afrika Selatan, di samping menjangkakan masa depan indah kedua-dua negara dalam membina komuniti berkongsi nasib China-Afrika Selatan yang bertaraf tinggi.