7 Maut dan 160,000 Lagi Terkesan Akibat Banjir di Selatan Thailand

2023-12-28 14:27:12  CRI
Share with:

Hujan yang berlarutan di selatan Thailand sejak 22 Disember yang melanda provinsi Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat telah meragut 7 nyawa, termasuk seorang tua dan seorang budak.

Menurut laporan terkini dari jabatan pengurusan dan pencegahan bencana di provinsi Narathiwat yang berada dalam keadaan terburuk, seramai 160,000 orang terkesan akibat banjir yang melanda 77 pekan di bawah pentadbiran 13 kaunti. Sekolah, bangunan jabatan kerajaan, jalan dan jambatan terjejas teruk dalam air bah yang paling dalam boleh mencecah 3 meter lebih, dan parasnya masih naik terus.