AS Didesak Hentikan Manipulasi dan Intervensi terhadap Isu Taiwan

2023-12-28 12:57:09  CRI
Share with:

Jurucakap Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Kongres Rakyat Kebangsaan China, Xu Dong mengeluarkan kenyataan merujuk kepada Amerika Syarikat (AS) yang menguatkuasakan 'Akta Pemberian Kuasa Pertahanan 2024" pada Rabu.

Xu berkata, seksyen negatif melibatkan China yang termaktub dalam Akta tersebut dilihat sama sekali tidak sejajar dengan konsensus yang dicapai pemimpin China dan AS pada Sidang Kemuncak di San Francisco tidak lama dahulu, kerana berbaur memanipulasi isu Taiwan secara sewenang-wenangnya, menggembar-gemburkan persaingan strategik dengan China, membesar-besarkan "ancaman China",  mengamalkan  "de-risking" dalam bidang berkaitan rapat dengan China,  mencampuri urusan dalaman China secara kasar, serta mencabuli kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan China.  

China menyatakan rasa tidak puas hati dan membantah sekeras-kerasnya perbuatan AS itu.

Isu Taiwan yang merupakan isu yang terpenting dalam kepentingan teras China, asas hubungan China-AS dalam bidang politik, dan garis merah pertama yang tidak boleh dilanggar dalam hubungan dua hala. Sebarang tindakan provokatif yang bermain api  dengan "menggunakan Taiwan untuk menyekat China" ditakdirkan mengalami kegagalan.

China mendesak pihak AS untuk menyingkirkan mentaliti Perang Dingin dan campur tolak serta prasangka berideologi, menahan diri daripada melaksanakan syeksen negatif berkaitan China dalam Akta berkenaan.

Sementara itu, AS digesa bergerak sehaluan dengan China untuk melaksanakan konsensus penting yang tercapai pada sidang kemuncak China-AS di San Francisco dengan tindakan yang telus.