Plaza Pintu Sempadan Longbang China-Huyện Trà Lĩnh Vietnam Beroperasi
Plaza Pintu Sempadan Longbang China-Huyện Trà LĩnhVietnam (termasuk laluan Naxi China- Nà ĐoỏngVietnam) telah beroperasi secara rasmi pada pukul 10 pagi tadi.
Pintu sempadan Longbang yang terletak di bandar Jingxi wilayah Guangxi merupakan salah satu laluan darat yang paling mudah yang menghubungkan bahagian barat daya China dengan ASEAN melalui Vietnam.
Setelah dinaiktaraf menjadi yang berkelas pertama pada Januari 2003, Pintu Sempadan Longbang dibuka secara rasmi pada Oktober 2007.
Dengan adanya Pintu Sempadan Longbang yang bertaraf antarabangsa, laluan Naxi menjadi lebih terbuka kepada dunia luar sejak Mei 2021. Pelepasan kastam yang terbabit melibatkan keanggotaan, kargo dan kenderaan dari pelbagai negara berbanding dengan masa dahulu yang hanya menyaksikan pertukaran dengan Vietnam sahaja.