China Berjaya Lancarkan Empat Satelit Meteorologi Tianmu-1 Lagi

2023-12-28 12:53:55  CRI
Share with:

China berjaya melancarkan empat satelit meteorologi lagi ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China pada pukul 2.50 petang Rabu.

Satelit No.19, 20, 21, dan 22 Buruj Meteorologi Tianmu-1 dilancarkan dengan menggunakan roket pembawa Kuaizhou-1A dan telah memasuki orbit yang dijadualkan.

Keempat-empat satelit tersebut berfungsi untuk menyediakan perkhidmatan berhubung data meteorologi komersial.

Untuk rekod, ini merupakan misi penerbangan ke-24 bagi roket pembawa Kuaizhou-1A.