86% Populasi China Punyai Akses ke Pembayaran Mudah Alih

2023-12-29 14:06:37  CRI
Share with:

China telah membentuk sistem pembayaran dan penjelasan yang berkecekapan tinggi melibatkan lebih 4,000 bank dan lebih 180 agensi pembayaran, yang sejajar dengan permintaan 160 juta peniaga dan ribuan juta pengguna. Sementara itu, 95% populasi China sudah mempunyai akaun bank perseorangan dan 86% mempunyai akses ke pembayaran mudah alih, iaitu yang teratas dalam ranking dunia. 

Demikian dimaklumkan Naib Gabenor Bank Rakyat China, Zhang Qingsong pada sidang taklimat dasar Dewan Negara China semalam.