Dari “Dunia Merupakan Sekeluarga” kepada “Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan”

2023-12-29 14:58:07  CRI
Share with:

Presiden Nicaragua, José Daniel Ortega baru-baru ini menyatakan bahawa “China menghormati setiap negara membangun, ini mengejutkan imperialis. Jika semua negara NATO tidak mencetuskan perang, tidak melakukan pencerobohan dan menyebarkan keganasan, sebaliknya mencontohi China untuk bekerjasama dengan negara-negara membangun di Afrika, Asia dan Amerika Latin tanpa prasyarat dalam bidang politik, menyediakan bantuan dalam membangun negara-negara tersebut, dunia ini akan menjadi jauh berbeza dengan keadaan semasa, kedamaian global akan terwujud.”

 

Dasar luar China mewarisi budaya tradisional China yang yakin bahawa dunia adalah sekeluarga. China mempromosikan “Lima Prinsip Wujud Bersama Secara Damai” sejak penubuhan republik ini pada 1949, dan menyasarkan pembentukan “Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan”.

 

Usaha China ini memang susah difahamkan oleh kuasa besar yang hanya percaya kepada kekuatan dan penaklukan, namun mendapat sokongan daripada negara-negara jiran China serta pelbagai negara di sepanjang Jalan Sutera.

 


Pada tahun 139 Sebelum Masihi, diplomat diraja China, Zhang Qian dihantar ke Asia Tengah atas titah Maharaja Dinasti Han. Meskipun pernah ditahan selama lebih sepuluh tahun oleh puak Hun dalam perjalanan, tapi beliau akhirnya menjayakan misi yang menjalinkan hubungan dengan pelbagai negeri di kawasan tersebut yang turut menyediakan persiapan bagi pembukaan Jalan Sutera. 

 

Hingga Dinasti Tang(tahun 618 hingga 907 Masihi) yang dianggap sebagai dinasti paling makmur dalam bidang ekonomi dan budaya pada zaman purba, China mempunyai hubungan yang sangat karib dengan dunia. Tahukah anda, terdapat kira-kria 1/10 pegawai kerajaan Tang merupakan warga asing! Antaranya termasuk orang yang berasal dari Korea, Jepun, Arab, Persia dan negara lain.

 

Pada 27 November 1950, General Wu Xiuquan menjadi diplomat pertama dari Republik Rakyat China yang muncul di PBB, mendakwa Amerika Syarikat mencampuri urusan penyatuan China dan Semenanjung Korea dengan kekuatan tentara.

 

Pada 25 Oktober 1971, Republik Rakyat China memulihkan sepenuhnya kerusi keanggotaan sah di PBB dengan sokongan negara-negara membangun Asia, Afrika dan Amerika Latin. Ketawa ketua delegasi China ke Perhimpunan Agung PBB pada masa itu, Qiao Guanhua tercatat dalam sejarah diplomasi China.

 

Diplomasi yang berpandukan pimpinan Presiden Xi bersasarkan mewujudkan “dunia merupakan sekeluarga”, dengan mengemukakan konsep “Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan”.

 

Kalau menggambarkan dengan perkataan yang mudah faham, China berusaha membangunkan dunia yang kekal damai, makmur bersama, terbuka, inklusif, bersih dan indah.

 

Tadbir urus global cenderung ke arah berbilang kutub yang sama rata dan teratur pada masa ini, manakala globalisasi ekonomi pula sepatutnya membawa manfaat kepada semua negara.

 

Platform yang disediakan oleh China untuk mewujudkan sasaran tersebut adalah pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan(BRI).

 

Meskipun pembinaan ini dilakukan di bawah rangka BRI, tapi China bersedia menggalakkan pembangunan bersama dengan semua negara, tak kira ia negara maju atau negara membangun, pernah menjalinkan hubungan dengan China melalui Jalan Sutera kuno atau tidak.

 

Nicaragua menyambung semula hubungan diplimatik dengan China pada bulan Disember 2021, seterusnya memeterai MoU menjadi anggota baharu BRI pada Januari tahun 2022 dan menamatkan rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan China dengan cepat.

 

Eksport Nicaragua kepada China meningkat 20% pada tahun 2023, jumlah ini dijangka terus meningkat berikutan FTA yang bakal berkuatkuasa pada tahun 2024.

 

Lebih 30 pelajar negara itu dijemput menyambung pengajian dalam bidang pertanian, bioteknologi dan tenaga boleh baharu di universiti China.

 

Pada 13 Oktober 2023, China menyerahkan 250 buah bas kepada Nicaragua untuk membantu menambahbaik keadaan pengangkutan awam dan menggalakkan pemodenan di negara itu.