China Umumkan "Peraturan Pengangkutan dan Penghantaran Pasukan Tentera"

2023-12-29 13:33:20  CRI
Share with:

Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Xi Jinping  menandatangani satu perintah baru-baru ini untuk mengeluarkan "Peraturan Pengangkutan dan Penghantaran Pasukan Tentera", yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2024.

Peraturan yang mengandungi 8 bab melibatkan 58 fasal tersebut menampilkan garis panduan dan memberi tumpuan kepada persiapan untuk berperang, menfokuskan reka bentuk sistem berdasarkan pembaharuan dan inovasi, menekankan pembinaan logistik moden yang kuat, menyesuaikan dan menyeragamkan kerja pengangkutan dan penghantaran pada era baharu dari aspek sistem dan mekanisme serta proses organisasi, dan menggariskan hala tuju yang kondusif bagi peningkatan kapasiti,kualiti dan kecekapan sektor pengangkutan dan penghantaran.