Tapak Pelancaran No.1 Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Komersial Antarabangsa Hainan Siap Dibina

2023-12-29 15:26:06  cri
Share with:

Tapak pelancaran No.1 dalam Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Komersial Antarabangsa Hainan, yang merupakan pertama di China telah disiap dibina hari ini.

Sebagai fasiliti strategik bagi memastikan tugasan negara, tapak pelancaran itu ditetapkan untuk kegunaan Long March No.8, roket buatan China generasi baharu yang bersaiz sederhana. 

Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Komersial Antarabangsa Hainan yang mula dibina pada Julai 2022, dijangka dapat menjalankan misi pelancaran yang berkala pada 2024.

Pada masa ini, projek pembinaan melibatkan tapak pelancaran No.1 telah diselesaikan, dan pembinaan tapak pelancaran No.2 berjalan dengan lancar.