Guterres Seru Masyarakat Antarabangsa Tingkatkan Perpaduan

2023-12-29 14:37:20  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres ketika menyampaikan ucapan sambutan tahun baharu melalui pautan video pada Khamis menyeru masyarakat antarabangsa mempertingkat perpaduan dan mencetuskan harapan. 

Guterres menekankan bahawa isu sejagat yang serius telah menambah cabaran kepada seluruh dunia. Ramai antara kita tetap terseksa dalam kemiskinan dan kebuluran, manakala konflik dan perang yang berleluasa meruncing terus.

Beliau berkata, "menuding jari antara satu sama lain dan bertindak keras bukan pendekatan bagi penyelesaian. Hanya dengan bersatu-padu, barulah manusia dapat menunjukkan tenaga yang paling kuat."

Guterres juga menekankan peri pentingnya memerangi amalan diskriminasi dan kebencian serta memastikan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan berkhidmat kepada kepentingan umat manusia secara maksimum.

Beliau berharap tahun 2024 boleh menyaksikan "pembinaan semula kepercayaan dan memulihkan harapan". Usaha berkenaan termasuk mengambil tindakan tegas dalam menangani perubahan iklim, mencipta peluang ekonomi dan membina sistem kewangan sejagat yang lebih saksama dan relevan dengan setiap orang.

Guterres pada akhirnya menyampaikan harapan semoga rakyat setiap negara hidup bahagia, gembira, damai dan aman pada tahun depan.