Jumlah Penerbangan Dijangka Rekodkan 49,000 Semasa Cuti Tahun Baharu

2023-12-29 14:49:10  CRI
Share with:

Jumlah penerbangan di seluruh China diunjur akan merekodkan 49,000 kali semasa cuti Tahun Baharu dari 30 Dis hingga 1 Jan, menokok kira-kira 85.5 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. 

Jumlah penerbangan pada 1 Januari diunjur paling banyak iaitu 16,600 kali.

Menurut data statistik dari sistem tempahan tiket, jumlah penumpang akan mencatat 4.95 juta, naik 112 peratus berbanding tempoh cuti Tahun Baharu tahun lalu.

Antaranya jumlah penumpang yang bakal menggunakan dua lapangan terbang di Beijing diunjur merekodkan 810,000 orang, iaitu 270,000 orang secara purata sehari.

Ditinjau dari laluan antarabangsa pula, jumlah pengembara ke London, Kuala Lumpur, dan Tokyo juga menyaksikan peningkatan ketara.