China, Pempengaruh Antarabangsa, Peneraju Inovasi dan Pengangkat Maruah di Dunia Bergelora

2023-12-29 16:03:51  cri
Share with:

Mesyuarat Kerja Hal Ehwal Luar Pusat China yang diadakan pada 27 hingga 28 Disember lalu telah membuat kesimpulan bahawa China telah menjadi "kuasa besar yang bertanggungjawab, dan juga pempengaruh antarabangsa, peneraju inovasi dan pengangkat maruah".

Mengimbau kembali situasi dunia pada 2023, "peperangan" tidak syak menjadi salah satu kata kunci. Data Institut Pengajian Strategik Antarabangsa (International Institute for Strategic Studies) Britain mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 183 konflik tercetus di seluruh dunia pada tempoh tahun ini, iaitu satu rekod baharu pada 30 tahun kebelakangan ini.

Menghadapi situasi huru-hara dan krisis yang berleluasa, China berusaha sedaya upaya dalam menyeru gencatan senjata dan menamatkan peperangan. Misalnya menyentuh tentang konflik Palesin-Israel, China pernah berkali-kali menegaskan jalan keluar bagi mengakhiri konflik itu adalah melaksanakan "penyelesaian dua negara". Sementara itu, China sebagai negara pengerusi bergilir Majlis Keselamatan PBB telah mendorong resolusi No.2712 melibatkan masalah Palestin-Israel diluluskan. Pada masa yang sama, China telah menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada kawasan Palestin.

Pada bulan Mac tahun ini, China, Arab Saudi dan Iran telah mencapai "Perjanjian Beijing" di bandar Beijing yang turut menyaksikan Arab Saudi dan Iran bersetuju memulihkan hubungan diplomatik. Seterusnya, muncul kecenderungan 'perdamaian' di rantau Timur Tengah. Lihatlah Bahrain dan Qatar menjalinkan semula hubungan diplomatik, Syria kembali semula ke Liga Arab selepas 12 tahun, hubungan Turkiye-Mesir membaikpulih dan sebagainya.

Tindakan telus yang diusahakan China itu, bukti terbaik negara ini sentiasa memihak kepada keamanan, dialog dan kebenaran sejarah.

Pada tahun ini, pemulihan ekonomi global kelihatan kurang memuaskan. Tetapi, ekonomi China terus membaikpulih. Pada tiga suku pertama tahun ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China meningkat 5.2% berbanding masa yang sama tahun yang lalu, tetap dianggap enjin terbesar dalam pertumbuhan ekonomi global. Menurut ramalan beberapa agensi antarabangsa, sumbangan China terhadap pertumbuhan ekonomi global dijangka mencapai satu pertiga untuk tahun ini.

Tahun ini genap 10 tahun sejak Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dikemukakan. Dalam tempoh 10 tahun lalu, lebih 3,000 projek atas kerjasama China dan pelbagai pihak berhasil merangsang pelaburan hampir satu trilion dolar Amerika (RM4.59 trilion). 

Ketika menghampiri penghujung tahun 2023, hubungan China-AS, hubungan bilateral paling penting sedunia berkembang menuju ke arahyang stabil. Perbincangan selama hampir 4 jam antara pemimpin kedua-dua negara telah melahirkan "Wawasan San Francisco". Hubungan China-AS yang lebih stabil itu pasti akan memberi kepastian dan kestabilan terhadap dunia yang berada dalam kegeloraan dan pembaharuan.

China akan terus berusaha bersama-sama dunia demi matlamat pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan pada tahun akan datang.