Xi Tekankan Modenisasi Ala China dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu CPPCC

2023-12-30 15:34:47  CRI
Share with:

Memacu modenisasi ala China dalam pembangunan tanah air dan pembangkitan nusa dan bangsa, merupakan tugasan politik yang paling utama bagi Parti Komunis China (PKC) dan seluruh negara dalam menggerakkan kemaraan ke era baharu.

Demikian ditegaskan Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping pada majlis sambutan tahun baharu yang diadakan oleh Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) di Beijing semalam.

Beliau menyeru agar seboleh mungkin memperkukuh dan mengembangkan barisan penyatuan patriot sedangkan menebus persamaan dalam pembangunan tanah air dan pembangkitan nusa dan bangsa, bagi membentuk landskap yang holistik dalam memperjuangkan modenisasi ala China.

Xi juga mewaliki Jawatankuasa Pusat PKC, Dewan Negara dan Jawatankuasa Ketenteraan Pusat untuk menyampaikan salam tahun baharu kepada pelbagai puak demokratik, kalangan industri dan perniagaan serta orang perseorangan, rakyat dari pelbagai kaum, saudara setanah air di Hong Kong, Macao, Taiwan, perantau Cina di seberang laut, serta rakan-rakan pelbagai negara yang menyokong dan peka akan pembangunan modenisasi ala China.