China Bertindak Konsisten Memacu Bantuan Luar dalam Bidang Perubatan

2023-12-31 16:16:40  CRI
Share with:

Skuad perubatan bantuan luar China diiktiraf mencapai prestasi yang holistik dan digalakkan menyumbang lebih banyak demi mendorong pembentukan komuniti berkongsi kesihatan sesama insan.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam Sidang Peringatan Ulang Tahun ke-60 Misi Skuad Perubatan Bantuan Luar China sempena Majlis Apresiasi yang diadakan di Beijing baru-baru ini.

Baik ketika membantu Afrika melawan wabak Ebola, menghulur bantuan kepada pelbagai negara mencegah dan mengawal demam kuning, wabak hawar dan virus Zika, mahupun pada saat menyokong pembangunan pusat kawalan penyakit Afrika serta melaksanakan kerjasama antarabangsa memerangi wabak, skuad perubatan bantuan luar China yang bersemangat budiman telah membawa manfaat kepada penduduk tempatan, dan dedikasi mereka dalam tempoh enam dekad lalu mendapat penghargaan tinggi dari kerajaan dan rakyat yang menerima bantuan. 

"Saya percaya pada kalian kerana anda sekalian adalah doktor China," kata seorang wanita Rwanda sebelum menjalani pembedahan. China digelar sebagai "sahabat yang benar" oleh banyak negara. 

Kadar menghidapi penyakit schistosomiasis di kawasan Zanzibar, Tanzania dikawal kepada 0.64% daripada 8.92% berkat kerjasama antara China dengan Tanzania, dan projek berkenaan turut mendapat pengiktirafan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut perangkaan terbabit, China telah menghantar 30,000 skuad perubatan bantuan luar ke 76 buah negara dan rantau untuk mengubati hampir 300 juta pesakit, dan membangunkan lebih 130 kelengkapan perubatan dan kesihatan. Selain itu, sepanjang pelaksanaan misi bantuan luar dalam bidang perubatan, China juga melakukan tranformasi dengan mengalihkan fokusnya dari menghulurkan bantuan yang bersifat 'memberi' kepada yang bersifat 'mengupayakan', iaitu bukan hanya menyediakan perkhidmatan pengubatan dan penyelamatan, tetapi juga membantu menubuhkan sistem perubatan dan meningkatkan kemampuan warga perubatan tempatan.

Kini, China sedang memperjuangkan matlamat modenisasi ala China. Sebagai negara membangun terbesar di dunia, China bukan hanya menumpu kepada perkembangan sendiri, tetapi juga sentiasa membantu negara membangun lain dalam memacu modenisasi. 

Diilhamkan dari kisah skuad perubatan bantuan luar China, kita boleh mendapati komitmen yang dibuat negara Tembok Besar, iaitu sudi dan giat mengusahakan apa yang kondusif bagi segala manusia.