650 Kes Tembakan Serius Berlaku di AS pada Tahun 2023

2024-01-01 13:53:02  CRI
Share with:

Menurut laporan Australian News Network pada 30 Dis, sekurang-kurangnya 650 kes tembakan besar-besaran berlaku di Amerika Syarikat (AS) sepanjang tahun 2023, bersamaan kira-kira dua kes berlaku setiap hari.

"Inilah angka kedua terburuk sejak laman sesawang Arkib Keganasan Senjata Api mula mengumpulkan data berkaitan bermula 2014," kata laproan itu. 

Menurut laporan, punca kes tembakan besar-besaran di kuasa terbesar dunia itu adalah kerana jumlah senjata api lebih banyak berbanding jumlah penduduk. Setiap 100 penduduk AS memiliki kira-kira 120.5 senjata api.