Ucapan Tahun Baharu 2024 Presiden CMG

2024-01-01 16:15:42  CRI
Share with:

Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong menyampaikan ucapan Tahun Baharu kepada para penonton dan pendengar di seberang laut melalui Rangkaian Televisyen Global China (CGTN), Radio Antarabangsa China (CRI) dan platform Internet, pada hari ini.

 

Rakan-rakan sekalian,

Menyambut sinar matahari pertama pada tahun baharu, kita melangkah ke tahun 2024 yang penuh harapan. Saya berada di Beijing, menyampaikan mogaan baik kepada anda sekalian.

Pada tahun 2023, inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) meraih ulang tahun ke-10 kemakmurannya. Dalam sedekad pelaksanaan inisiatif itu, China dan dunia seiring maju ke hadapan dan mencapai prestasi yang amat memberangsangkan. Dalam jalan kemakmuran ini, Kumpulan Media China (CMG) secara aktif memperkasakan pertukaran antara tamadun, dan mengabadikan banyak momen yang indah dan menyentuh hati menggunakann lensa dan pen.

Pada tahun 2023, CMG meningkatkan inovasi “fikiran+seni+teknologi” ke tahap baharu. Program "The Classics Quoted by Xi Jinping" musim kedua dalam pelbagai bahasa disiarkan di lebih 80 negara. Di samping itu, CMG menerbitkan beberapa program unggul mengenai budaya China, antaranya "Exploring Historical Chinese Cities", "Seeking Antiques in China", "Encountering Civilizations", dan "Reading China on Bamboo Slips", menyerlahkan kegemilangan tamadun China dan dunia. Selain itu, penyiaran berkaitan Sukan Asia di Hangzhou meraih 41.4 bilion tontonan di pelbagai platform Internet, mencatatkan rekod terbaik dalam sejarah di samping merakamkan keghairahan dan impian ramai.

Pada 2023, CMG mengekalkan hubungan akrab dengan rakan-rakan. Kami berjumpa dengan kawan lama, di samping mengenali rakan baharu. Kami telah menandatangani 58 perjanjian kerjasama dengan organisasi media antarabangsa. CMG berjaya menganjurkan Forum Inovasi Media Global edisi kedua, Forum Rakan Media ASEAN, dan Forum Kerjasama Media dengan Rakan dari Afrika. Selain itu, sebanyak 51 aktiviti media bertemakan modenisasi ala China dan dunia, dan lapan pameran jelajah "Journey through Civilizations" diadakan di serata dunia. CMG bersama-sama rakan kerjasama dari pelbagai negara melukis gambar indah mengenai pemodennan dunia yang membangun damai, kerjasama saling untung dan makmur bersama.

Dunia masih kurang tenteram pada masa ini dan amat memerlukan kedamaian, pembangunan, kerjasama dan sama menang. Kami amat gembira melihat semakin banyak rakan asing memahami dan menyokong pandangan dan anjuran China. Semasa mesyuarat pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, CMG mengadakan aktiviti Dialog Bersahabat untuk mendorong pertukaran kalangan rakyat China-Amerika Syarikat (AS) dan mendapat respons hangat. Bekas anggota pasukan Flying Tigers, Harry Moyer yang berusia 103 tahun telah menyertai dialog tersebut. Beliau memberitahu saya bahawa konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan anjuran Presiden Xi Jinping mencerminkan suara hati rakyat seluruh dunia. Setelah kembali ke China, saya menerima poskad, glob dan hiasan yang dibuat tangan oleh pelajar dari Sekolah Menengah Lincoln dari Tacoma AS. Saya merasai aspirasi golongan remaja terhadap kedamaian, persahabatan dan hidup bersama secara harmoni.

Sebagai kumpulan media komprehensif yang bersaiz paling besar di dunia, CMG telah merai ulang tahun kelimanya pada tahun lalu. Dalam tempoh lima tahun itu, kami terus berjuang dan mencapai kemajuan besar. Pada tahun lalu, pembinaan biro wartawan ke-191 CMG di seberang laut siap dibina, sekali gus menjadikan jaringan komunikasi CMG meliputi 67 negara dan kawasan di luar negara. Jumlah pengguna CGTN mencecah 700 juta orang. Sementara itu, CMG selalu menjadi sumber yang paling awal membuat laporan tentang peristiwa antarabangsa yang penting. CMG akan terus komited membina media perdana antarabangsa dan menghasilkan lebih banyak karya yang cemerlang.

Rakan-rakan sekalian, 2024 ialah Tahun Naga mengikut kalendar tradisional China. Naga merupakan totem mitos yang melambangkan nasib baik dan kemakmuran. Ia adalah simbol semangat mengumpulkan tenaga, memberi manfaat kepada semua, mencari persamaan dan mengetepikan perbezaan, serta hidup harmoni di alam.

Pada tahun ini, rakyat China yang maju dalam perjalanan baharu akan menyambut ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China (PRC). CMG komited mengedarkan lebih banyak kisah China dan dunia yang menarik. Marilah kita bersama-sama menulis bab moden tamadun manusia dan menyambut kedatangan musim bunga.

Sekali lagi saya sampaikan mogaan baik kepada anda dan dunia. Selamat menyambut tahun baharu.