Pertunjukkan Cahaya Lampu Dipentaskan di Burj Khalifa

2024-01-01 13:47:04  CRI
Share with:

Pertunjukan cahaya lampu dan bunga api dipentaskan di Burj Khalifa Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), iaitu bangunan tertinggi di dunia, pada malam hari akhir tahun 2023.

Ucapan "Selamat Tahun Baharu" dalam bahasa Arab, Inggeris dan Mandarin tertera di skrin LED di Burj Khalifa, diiringi suara orang ramai yang mengira detik ketibaan tahun baharu. 

Menurut pihak penganjur, persiapan untuk pertunjukan cahaya lampu dan bunga api itu dijalankan selama sepuluh bulan, dan melibatkan 15,000 unit bunga api. Pertunjukan bunga api berlangsung selama sembilan minit.