Artikel Xi Mengenai Pembinaan Tamadun Ekologi Diterbitkan di Majalah Qiushi

2024-01-01 14:51:00  CRI
Share with:

Majalah Qiushi yang diterbitkan hari ini menyiarkan artikel oleh Presiden Xi Jinping yang bertajuk "Perkasakan Modenisasi Keharmonian antara Manusia dan Alam secara Komprehensif Melalui Pembinaan China yang Indah". 

Artikel itu merupakan petikan daripada ucapan Xi dalam persidangan perlindungan ekologi alam sekitar kebangsaan yang diadakan pada 17 Julai lalu.

Menurut artikel itu, tempoh lima tahun akan datang merupakan tempoh yang amat penting bagi pembinaan China yang indah. Pihak-pihak berkaitan dikehendaki mengamalkan fikiran tamadun ekologi sosialis bercirikan China pada era baharu secara mendalam, mengutamakan rakyat, mengamalkan konsep gunung hijau dan air jernih bagaikan gunung emas dan perak, meletakkan pembinaan China indah di tempat penting dalam pembangunan negara kuat dan kebangkitan nusa dan bangsa. 

Di samping itu, menurut artikel beliau, usaha juga harus diperkasakan untuk mendorong pembaikan persekitaran kediaman rakyat, memajukan pembinaan China indah, serta memberikan sokongan kepada pembangunan bermutu tinggi dengan ekologi alam sekitar yang baik.