135 Juta Melancong Semasa Cuti Tahun Baharu

2024-01-02 13:51:06  CRI
Share with:

Menurut pengiraan Pusat Data Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, seramai 135 juta orang melancong dalam negeri semasa cuti Tahun Baharu selama tiga hari, menokok 155.3 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Pendapatan industri pelancongan mencapai RMB79.73 bilion (RM51.54 bilion), meningkat 200.7 peratus.

Statistik mendapati bahawa pelancongan bertemakan salji dan ais kian mendapat sambutan. Selain itu, berbanding pelancongan ke tempat peranginan tradisional, lebih ramai pelancong cenderung kepada bersantai di taman di bandar, taman tema dan pusat komersial.