Bunga Sesawi Tambah Pendapatan Petani

2024-01-02 15:34:54  CRI
Share with:

Bunga sesawi berkembang mekar menghiasi kampung Longtu, kaunti Congjiang, daerah autonomi Qiandongnan berpenduduk etnik Miao dan Dong di provinsi Guizhou pada musim sejuk ketika ini.

Congjiang memanfaatkan sepenuhnya kelebihan sumber tanah ladang dan aktif mempromosikan pelaksanaan model‘bunga sesawi +’menerusi bantuan pakar teknologi.

Di bawah bimbingan pakar, Congjiang mengusahakan penanaman bunga sesawi seluas 4,900 hektar yang membawa pulangan lumayan kepada kaum tani tempatan.