Pasaran Barang Bebas Cukai Hainan Pullih Makmur

2024-01-02 14:53:44  CRI
Share with:

Pasaran bebas cukai di provinsi Hainan, selatan China menyaksikan trend pemulihan berikutan pelaksanaan langkah-langkah rangsangan penggunaan, seperti potongan harga dan promosi oleh kedai-kedai bebas cukai secara dalam dan luar talian.

Menurut data statistik Jabatan Kastam Haikou, jumlah pembelian barang bebas cukai yang di bawah pengawalseliaan jabatan itu mencatat RMB43.76 bilion (RM27.35 bilion) pada 2023, menokok 25.4 peratus berbanding tahun sebelumnya. 

Dalam pada itu, jumlah pelanggan merekodkan 6.75 juta, meningkat 59.9 peratus, dan jumlah perbelangjaan purata mencatat RMB6,478 (RM4,048) seorang.

Bermula pada 1 April lalu, Hainan memperkenalkan “beli dan ambil” dan "jamin dan ambil". Mod pembelian baharu itu banyak merangsang penaiktarafan pasaran bebas cukai di pulau itu.