Banci Ekonomi Kebangsaan Kelima Dilancarkan

2024-01-02 13:34:58  CRI
Share with:

Pendaftaran banci ekonomi kebangsaan kelima dilancarkan secara rasmi pada Ahad. Banci ekonomi kali adalah untuk mengumpulkan data dan maklumat mengenai keadaan ekonomi negara dan pembangunan bermutu tinggi, di samping menyediakan asas sokongan kepada penyusunan dan pelaksanaan pelan pembangunan sosioekonomi dan penggalakkan pembangunan modenisasi ala China.

Berbanding banci ekonomi kebangsaan kali keempat, pembanci untuk kali ini akan dilengkapi peranti pintar semasa menjalankan tugas, iaitu mengumpulkan maklumat berkaitan melalui aplikasi di telefon bimbit. Ini bukan sahaja boleh mengurangkan faktor gangguan luar, tetapi juga dapat menjamin ketepatan dan mutu data ketika dikumpul.