Huruf Cina Cerminan Luahan Hati Pelajar Asing

2024-01-02 16:31:33  CRI
Share with:

Sempena meraikan kedatangan tahun baharu 2024, pelajar asing yang menuntut di Beijing merumuskan apa yang berlaku pada tahun lalu dan meluahkan harapan mereka terhadap masa hadapan menerusi tulisan huruf Cina.

Nguyen Thi Anh Thu yang berasal dari Vietnam menyatakan kata kunci tahunannya ialah '好' yang bermaksud bagus dalam bahasa Cina.

Di mata gadis itu, negara China amat bagus dalam semua aspek sehingga mengubah kehidupannya.

Dia mengenali China melalui filem, drama bersiri, novel dan lagu sejak kecil lagi, dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai budaya China.

Yaya, siswa dari Republik Cameroon, memilih '健康' (kesihatan) sebagai kata kunci tahunannya.

Pada tahun 2019, Yaya mendapat biasiswa untuk menuntut di China, tetapi rancangan itu ditangguhkan sehingga April 2023 kerana pandemik COVID-19 serta masalah kesihatan peribadi. Maka, dia menyifatkan kesihatan sebagai asas kehidupan.

Theam Kimheak dari Kemboja merumuskan China pada tahun 2023 dengan dua perkataan, iaitu '开放' (terbuka) dan '包容' (inklusif).

Katanya, walaupun dunia terkesan oleh pandemik, China masih menyaksikan perkembangan yang pesat.

Nontawan Phetnui dari Thailand memilih '多元' (kepelbagaian) sebagai kata kunci tahunannya. 

Menurutnya, kepelbagaian menjadikan budaya China menyerlahkan daya tarikan yang unik.

Junaid Muhammad dari Pakistan pula berkata China mengamalkan keterbukaan secara menyeluruh, menyaksikan ekonomi pulih dengan stabil.

Kata kunci pilihannya ialah '复兴' (kebangkitan semula). Pemuda itu menyatakan China meniti perjalanan ke arah mewujudkan kebangkitan semula, dan dia berharap dunia menjadi lebih makmur pada tahun 2024.