China Lakar Kemajuan Cemerlang dalam Bidang Sains: Pemenang Hadiah Nobel Fizik

2024-01-02 14:58:07  CRI
Share with:

China sedang muncul sebagai sebuah negara yang makmur dan kuat, dan negara Tembok Besar itu hendaklah memainkan peranan sebagai peneraju dalam bidang sains asas.

Demikian dinyatakan pemenang Hadiah Nobel dalam Fizik, David Gross dalam temu bual bersama kumpulan Media China (CMG).

Gross bersetuju dengan kenyataan Presiden China Xi Jinping yang menekankan pemerkasaan penyelidikan asas merupakan keperluan mendesak bagi mewujudkan kemandirian serta swadaya sains dan teknologi pada peringkat lebih tinggi, dan juga jalan yang pasti dilalui ke arah gergasi teknologi.

"Kini, China mampu mendirikan makmal bertaraf dunia. Dalam bidang penyelidikan saya, China memperoleh sejumlah penemuan yang amat signifikan dan mempunyai teleskop radio sfera apertur terbesar dunia yang dikenali sebagai FAST," kata Gross.

Sebabagi ahli Akademi Sains Nasional (NAS) Amerika Syarikat dan ahli Akademi Sains China (CAS) warganegara asing, Gross turut melahirkan kebimbangan terhadap pergeseran antara kedua-dua negara yang dianggap boleh menjejaskan kerjasama antarabangsa dalam penyelidikan sains.

"Bukanlah mudah untuk mengkaji dan merungkai rahsia dunia alam. Ia memerlukan kerja bersungguh-sungguh, peruntukan besar dan ramai tenaga profesional.

"Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pergeseran, isu politik dan persaingan sesama kuasa besar menjadikan usaha berkenaan berundur ke belakang. Keadaan itu adalah sangat buruk dan berbahaya bagi perkembangan sains," kata beliau.