Industri Tuala Bantu Jana Ekonomi Jinzhou

2024-01-02 15:24:07  CRI
Share with:

Bandar Jinzhou, provinsi Hebei giat menggalakkan pembangunan industri tuala secara berskala besar dan intensif dengan membimbing perusahaan melakukan inovasi teknologi. Ia secara tidak langsung menjana pertumbuhan berkualiti ekonomi tempatan.

Kini, Jinzhou memiliki lebih 200 buah syarikat pengeluar tuala dan produk berkenaan telah dieksport ke 28 negara dan wilayah termasuk Jepun, Singapura dan Amerika Syarikat (AS).