Pelancongan Budaya Jana Ekonomi Cuti Tahun Baharu

2024-01-03 14:18:21  CRI
Share with:

Cuti umum selama tiga hari sempena tahun baharu menyaksikan aliran pelawat seramai 135 juta orang yang melakukan perjalanan domestik di serata negara, sekali gus menjana pendapatan pelancongan hampir 80 bilion yuan (RM52 bilion).

Persembahan muzik, penghayatan seni budaya, pameran warisan budaya tidak ketara dan percutian di pusat peranginan mata air panas merupakan antara pilihan pakej pelancongan budaya yang paling digemari pengunjung.

Bagi golongan muda, mereka memilih aktiviti seperti persembahan bunga api, konsert, pertunjukan cahaya lampu dan karnival bertema untuk menyambut kedatangan tahun baharu.