Peningkatan Bajet Ketenteraan AS, Jepun Undang Kebimbangan Awam

2024-01-03 11:00:24  CRI
Share with:

Bajet ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun bagi tahun 2024 masing-masing membaharui rekod. Menurut tinjauan yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mutakhir ini, sebanyak 93 peratus responden berasa bimbang terhadap perkara tersebut. Mereka menganggap peningkatan tidak rasional bajet ketenteraan kedua-dua negara tersebut akan menjadi faktor tidak menentu yang menjejaskan kestabilan serantau malah mencetuskan perlumbaan senjata pusingan baharu di Asia Timur bahkan seluruh dunia. 


Terdapat netizen berkata, "pengaruh ketenteraan AS dan Jepun yang semakin meluas kemungkinan menimbulkan membimbangkan kuasa besar yang lain, dan ini akan mengancam kestabilan dan keselamatan rantau Asia".

Menurut keputusan tinjauan itu, sebanyak 96.2 peratus responden berpendapat, tiada mana-mana pihak yang menang dalam peperangan, sedangkan semua negara perlu berwaspada terhadap risiko peperangan dan bersama-sama membina dunia yang aman.

Tinjauan kali ini dijalankan menerusi platform bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia CGTN. Sebanyak 33,984 netizen terlibat dan memberikan komen dalam masa 24 jam.