62 Maut Gempa Bumi di Jepun

2024-01-03 10:57:14  CRI
Share with:


Wilayah Ishikawa Jepun mengadakan mesyuarat Ibu Pejabat Pengurusan Bencana hari ini dan mengumumkan bahawa setakat pukul 8.00 pagi tadi, jumlah kematian akibat gempa bumi bermagnitud 7.6 di kawasan Noto meningkat kepada 62. 

Sehingga pukul 7.00 pagi tadi, kira-kira 35,000 isi rumah di daerah Ishikawa dan Niigata mengalami gangguan bekalan tenaga, sementara 67 stesen minyak ditutup untuk sementara waktu.