Lee Jae-myung Selesai Pembedahan, Motif Penyerang Disiasat

2024-01-03 14:30:00  CRI
Share with:

Pemimpin parti pembangkang Korea Selatan Lee Jae-myung ditikam di leher pada sidang akhbar di Busan pada Selasa.

Polis tempatan Korea Selatan berkata motif penyerang terbabit masih disiasat. 

Parti Demokratik Korea Selatan memaklumkan bahawa Lee telah selesai menjalani pembedahan dan kini dalam pemerhatian. 

Lee yang berumur 59 kini, tewas kepada calon Parti Kuasa Kebangsaan, Yoon Seok-yeol dengan majoriti tipis dalam pilihan raya presiden pada Mac 2022.