Hantaran Kargo Rel China-Laos Meningkat 94.91 Peratus

2024-01-03 12:14:00  CRI
Share with:

Jumlah barangan import dan eksport yang diangkut menerusi perkhidmatan kereta api China-Laos mencatat 4,217,700 tan pada 2023, meningkat 94.91 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Jabatan Kastam Kunming di provinsi Yunnan.

Dengan adanya rel tersebut, produk Laos seperti bijih besi, tepung ubi kayu dan getah bukan sahaja semakin popular dalam pasaran China, malah turut diangkut ke negara lain melalui rel kargo China-Eropah dan koridor darat-laut baharu di barat China.

Sementara itu, rel berkenaan juga membantu peralatan elektromekanik dan produk berteknologi tinggi keluaran China termasuk kenderaan elektrik, sel suria dan bateri litium memasuki pasaran Asia Tenggara.   

Kini, rel itu telah dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan 12 negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), sekali gus menggalakkan kerjasama perdagangan, pelaburan, perkhidmatan dan kewangan antara China dengan negara-negara ASEAN.

Untuk rekod, jumlah kumulatif hantaran kargo yang dikendalikan melalui rel China-Laos melebihi 6.4 juta tan setakat 31 Disember 2023.