Sektor Pergudangan Beroperasi Mantap

2024-01-03 14:36:14  CRI
Share with:

Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) hari ini mengumumkan bahawa indeks pergudangan negara ini merekodkan 51.6 peratus pada Dis lalu.

Walaupun menurun 0.6 peratus berbanding bulan sebelumnya, indeks itu masih dalam julat pengembangan, sekali gus mencerminkan sektor pergudangan pada dasarnya beroperasi mantap.

Antaranya jumlah perniagaan bahan binaan, makanan, kapas dan linen serta ubat-ubtan menyaksikan peningkatan besar.