Hakikat Rantaian Industri Perang Pendapat Umum AS terhadap China

2024-01-04 15:39:04  CRI
Share with:

Sarjana dari Eropah, Jan Oberg mutakhir ini mengatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah mengemukakan usul, memperuntukkan AS$100 juta setiap tahun selama lima tahun berturut-turut untuk melatih wartawan mereka laporan negatif tentang China. Menurut siasatan, usul yang disebut oleh Jan Oberg tersebut mempunyai persamaan tinggi dengan “Akta Persaingan Strategik 2021” yang diluluskan Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Dewan Senat AS pada April 2021.

AS memandangkan China sebagai pesaing strategi paling besar pada beberapa tahun kebelakangan ini dan mengenakan kekangan komprehensif terhadap China. Perang pendapat umum dan perang kognitif ditingkatkan ke tahap tinggi yang tidak pernah dicapai sebelum ini. Antaranya, inisiatif Jaluar dan Laluan (BRI), isu ekonomi China, isu Xinjiang dan sebagainya menjadi titik berat dalam usaha AS untuk mencemarkan nama China.

Pelbagai badan di bawah Agensi Media Global AS (USAGM) termasuk VOA dan RFA mempunyai sifat politik yang kuat sejak ditubuhkan. Sementara itu, sejumlah apa yang disebut badan pengajian pula terlibat dalam perkara itu dan tertubuhlah rantaian industri yang mengeluarkan dan mengedarkan maklumat palsu.

Dalam tempoh masa yang panjang, perang pendapat umum AS terselaras dengan tindakan ketenteraan, ekonomi dan diplomatiknya untuk memelihara kedudukan sebagai satu-satunya kuasa super di dunia. Seiring dengan kekuatan negara semakin lemah, AS kian bergantung kepada perang pendapat umum dan membina apa yang disebut “landasan moral yang tinggi”. Menurut penganalisis, AS ingin menghidupkan perang pendapat umum semasa Perang Dingin dan langkah ini tidak sesuai dengan keadaan dunia pada masa ini dan tidak dapat menipu masyarakat antarabangsa.

Mengambil isu Xinjiang sebagai contoh. Semakin ramai orang sanggup menjadi “jurucakap Xinjiang” secara sukarela setelah melihat Xinjiang dengan mata sendiri. Pada musim panas tahun lalu, lebih 40 orang diplomat dari 25 negara melawat wilayah itu. Menurut mereka, apa yang mereka saksikan di Xinjiang sama sekali berlainan dengan laporan media Barat dan orang asing patut datang untuk melihat keadaan sebenar di wilayah itu.  

Penulis dari Perancis, Maxime Vivas dalam buku “Pengakhiran Berita Palsu tentang Etnik Uygur” mengatakan, tiada kem tahanan dalam apa jua bentuk di Xinjiang. Apa yang disebut “genosid di Xinjiang” sama sekali tidak masuk akal.

Seiring dengan inisiatif BRI menjadi produk awam yang paling besar di peringkat global, China bukan sahaja membantu negara-negara membangun mewujudkan pertumbuhan ekonomi, tetapi juga membawa cara dan konsep baharu bagi tadbir urus global. Laman web Ghanaian Times menerbitkan rencana mutakhir ini yang menyatakan, siapa yang membantu pembangunan dan kemajuan di Afrika? Inisiatif BRI memainkan peranan yang amat penting dalam transformasi dan pembangunan yang bersejarah di Afrika.