Imam Dibunuh dalam Kes Tembakan di New Jersey

2024-01-04 15:40:14  CRI
Share with:

Kes tembakan berlaku di sekitar sebuah masjid di bandar Newark, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) pada kira-kira pukul 6.15 pagi Rabu waktu tempatan. Seorang imam bernama Hassan Sharif maut akibat kes tembakan tersebut.

Setakat ini, maklumat mengenai suspek dan motifnya masih belum didedahkan.