Presiden Xi Ucapkan Takziah kepada Iran Berikutan Serangan Ganas

2024-01-04 18:51:26  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya dari Iran Seyed Ebrahim Raisi berikutan serangan ganas di negara itu, pada Khamis.

Xi berkata beliau terkejut apabila mengetahui serangan ganas yang dahsyat berlaku di Wilayah Kerman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan teruk.

Beliau mewakili kerajaan dan rakyat China menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa korban dan menzahirkan rasa simpati kepada mereka yang tercedera.

Xi menegaskan bahawa China menentang sebarang bentuk keganasan, mengutuk sekeras-kerasnya serangan ganas, dan menyokong tegas usaha Iran untuk memelihara kedamaian dan kestabilan negara.