Penghantaran Elektrik Voltan Ultra Tinggi Xinjiang Kekalkan Tangga Teratas

2024-01-04 15:08:08  CRI
Share with:

Setakat 31 Dis 2023, projek penghantaran elektrik terus voltan ultra tinggi ±1100 kilovolt dari Changji ke Guquan, wilayah Xinjiang, China mencapai jumlah penghantaran elektrik tahunan sebanyak 62 bilion kilowatt-jam, menduduki kira-kira separuh daripada jumlah penghantaran elektrik tahunan di Xinjiang. 

Jumlah penghantaran elektrik melalui saluran tunggal tersebut sekali gus menduduki tangga teratas di China untuk tiga tahun berturut-turut. 

Projek penghantaran elektrik terus ultra tinggi ±1100 kilovolt dari Changji ke Guquan adalah projek penghantaran elektrik terus dengan tahap voltan tertinggi, jarak penghantaran terpanjang, kapasiti penghantaran terbesar, dan teknologi paling canggih di dunia. 

Projek ini memanfaatkan kelebihan sumber tenaga di Xinjiang menjadi kelebihan ekonomi, dan pada masa yang sama memberi sokongan kukuh kepada bekalan elektrik di kawasan timur China.