Liga Super Kampung 2024 Bermula Lusa

2024-01-04 14:59:33  CRI
Share with:


Pertandingan bola sepak Liga Super Kampung (VSL) 2024 bakal membuka tirai di kaunti Rongjiang, daerah autonomi Qiandongnan berpenduduk etnik Miao dan Dong di provinsi Guizhou pada 6 Januari.

VSL atau 'Cun Chao' dalam bahasa Mandarin menjadi tular di seluruh dunia, dengan mendapat tontonan sebanyak 58 bilion dalam talian pada 2023.

Acara pertandingan itu turut membantu Rongjiang menerima kunjungan seramai 5.19 juta dalam tempoh 13 Mei hingga 28 Oktober tahun lepas, sekali gus menyumbang pendapatan pelancongan sebanyak 5.98 bilion yuan (RM3.88 bilion).

Berbanding 20 pasukan pada tahun lepas, musim baharu VSL akan disertai 62 pasukan membabitkan lebih 1,800 penduduk kampung.

Mereka akan bertanding dalam 162 pertandingan bermula 6 Januari hingga pertengahan Februari, dan 20 pasukan teratas layak ke pusingan akhir yang dijadual berlangsung dari Mac hingga Mei.

Kejohanan berkenaan juga menyasar menjadi wadah pertukaran kebudayaan dengan menganjurkan siri aktiviti budaya sempena pertandingan pusingan akhir.