Harbin, Destinasi Pelancongan Hangat pada Musim Sejuk

2024-01-04 15:22:37  CRI
Share with:

Harbin, ibu kota provinsi Heilongjiang di timur laut China menjadi antara destinasi pelancongan paling popular pada musim sejuk tahun ini.

Cuti umum selama tiga hari sempena tahun baharu menyaksikan Harbin menerima kedatangan seramai 3 juta pengunjung, sekali gus menjana pendapatan pelancongan sebanyak 6 bilion yuan (RM3.89 bilion). 

Dua angka itu turut memecah rekod untuk tempoh sama pada tahun-tahun sebelumnya.

Pihak berkuasa tempatan berusaha sehabis daya untuk memastikan setiap pengunjung mendapat perkhidmatan yang terbaik.

Di merata-rata tempat, kelihatan pondok yang dilengkapi alat pemanas didirikan bagi membolehkan pengunjung singgah berehat sambil menikmati minuman panas.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan seperti meluncur di atas permukaan ais dengan menaiki hoverkraf dan bergambar kenangan berlatarkan Katedral St. Sophia yang diterangi bulan purnama tiruan.