Serangan Letupan di Iran, 95 Orang Terbunuh

2024-01-04 14:21:28  CRI
Share with:

Dua serangan letupan berlaku di bandar Kerman, Iran pada Rabu, menyebabkan 95 orang terbunuh dan 211 lagi cedera.

Menteri Kesihatan Iran, Bahram Eynollahi melalui televisyen kebangsaan negara itu berkata, angka kematian adalah 95, bukanlah 103 yang diumumkan terdahulu, dan kesilapan itu adalah kerana perhitungan berulang.