Perkhidmatan Penerbangan Antarabangsa Terus Pulih: CAAC

2024-01-04 15:25:46  CRI
Share with:

Perkhidmatan penerbangan antarabangsa yang dikendalikan China pulih kepada lebih 4,600 seminggu berbanding kurang 500 yang dicatat pada awal tahun lalu, menokok sebanyak 9.6 kali ganda.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), jumlah negara destinasi yang disambung semula perkhidmatan penerbangan mencapai 89.2 peratus berbanding paras sebelum pandemik.

Perkhidmatan penumpang antara China dengan negara-negara Eropah pulih kepada lebih 60 peratus berbanding paras sebelum pandemik, sementara penerbangan terus China-Amerika Syarikat (AS) yang beroperasi secara tetap meningkat kepada 63 seminggu.

Data CAAC menunjukkan prestasi sektor penerbangan domestik pada 2023 telah pun melepasi tahap sebelum pandemik, naik 1.5 peratus berbanding 2019.

Dalam pada itu, jumlah pengangkutan penumpang mencecah 620 juta dan bilangan pengangkutan barangan dan mel mencatat 7.354 juta tan.