Buat Vlog, Raikan Tahun Baharu di Stesen Angkasa

2024-01-04 12:46:10  CRI
Share with:

Kru Shenzhou-17 merupakan kumpulan angkasawan China ketiga yang menyambut tahun baharu di ruang angkasa.

Sejurus selepas menyelesaikan tugasan yang ditetapkan, tiga angkasawan iaitu Tang Hongbo, Tang Shengjie dan Jiang Xinlin bertukar kepada hoodie khas dan membuat blog video untuk merakamkan detik-detik meraikan sambutan hari pertama tahun baharu 2024.

Ketiga-tiga mereka menikmati makanan tengah hari dengan hidangan tambahan sayur-sayuran yang ditanam di angkasa, sekali gus memaparkan kepada netizen bagaimana cara angkasawan makan.